KOTA KINABALU: Jumlah kes jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan awal April tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes itu masih di tahap yang rendah berbanding dengan rekod kes sebelum pandemik COVID-19 menular ke Malaysia.
"Kadar kes masih dalam kawalan...kita melihat 50 peratus perbandingan kadar jenayah antara 2022 dan 2021, tetapi kalau kita buat perbandingan dengan tahun-tahun sebelum adanya COVID-19 kadar jenayah berkenaan adalah rendah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan-Konstabel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota Kinabalu, di sini hari ini.
Katanya polis di seluruh Sabah akan sentiasa melakukan operasi dan pemantauan bagi pencegahan jenayah di kawasan masing-masing, sehubungan itu masyarakat tidak perlu takut dan risau kerana semua kawasan di negeri ini dalam keadaan terkawal.
Mengulas mengenai majlis berkenaan Idris berkata perbarisan tamat latihan itu dihadiri seramai 299 pelatih lelaki dari pelbagai daerah di seluruh Sabah.
"Mereka juga berlatarbelakangkan pelbagai kelulusan akademik termasuklah Ijazah Sarjana Muda. Seramai 14 pelatih memiliki Ijazah, 45 pelatih memiliki Diploma, 67 pelatih memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan selebihnya berkelulusan SPM.
"Ini membuktikan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukanlah pilihan kerjaya yang terakhir bagi anak anak muda. Kesemua mereka mula menjalani latihan asas konstabel di Pusat Latihan Polis Kota Kinabalu, bermula pada 28 Nov 2021 dan tamat pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Jumlah kes jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 50 peratus sejak sekatan pergerakan dilonggarkan awal April tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah. - Gambar fail
Jepun-Greece rai diplomasi lampau 125 tahun
Jepun dan Greece meraikan hubungan diplomasi lampau yang bermula sejak 125 tahun lalu dengan lawatan rasmi sepanjang minggu ini di Greece.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Hubungan yang disifatkan istimewa antara dua negara ini menjadi lebih istimewa kerana Puteri Kako iaitu anak buat kepada maharaja Naruhito mencemar duli hadir ke negara berkenaan untuk menzahirkan ucapan dalam surat yang diutuskan oleh Maharaja Negara Matahari Terbit itu.
Tanah runtuh di Papua New Guinea: India tawar bantuan US$1 juta
Bantuan bernilai US$1 juta disumbang India bagi membantu mangsa-mangsa bencana tanah runtuh tragis di Papua New Guinea. Tanah runtuh itu yang berlaku pada minggu lalu, setakat ini telah meragut ribuan nyawa dengan ada mangsa yang terperangkap dalam runtuhan.
Panas ekstrem di Rajasthan, 6 maut akibat strok haba
Sekurang-kurangnya enam terkorban akibat gelombang haba melampau dan berpanjangan di barat India, Rajastran pada Selasa.
Himpunan solidariti mahu lihat kesan jelas selepas iktiraf
Pada hari sebelumnya, ratusan yang bersolidariti dengan rakyat Palestin berhimpun di hadapan pejabat Suruhanjaya Eropah (EU) di Barcelona dan di beberapa pejabat kementerian luar di Madrid.
Sepanyol tegas inginkan baitulmaqdis, ibu negara Palestin
Diharapkan langkah untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara akan diikuti lebih ramai negara lain khususnya dari Eropah. Ia juga dilihat dapat menyegerakan keamanan selepas melihat kekejaman berterusan sekian lama. Ini pendirian yang dikongsi tiga negara -Sepanyol, Ireland dan Norway yang secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berkuat kuasa Selasa, 28 Mei.
Mohamad Husaini, Nor Hidayah johan Tilawah Al-Quran
Muhammad Husaini dan Nor Hidayah masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 dan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji, piala, cenderamata serta sijil.
Pilih hidangan makanan, elak keracunan
Jemaah haji Malaysia disaran memilih makanan dan tempat makanan yang bersesuaian untuk mengelakkan masalah boleh mengganggu tumpuan beribadah termasuk kemungkinan keracunan dan cirit birit.
Hubungan Malaysia-China berada di tahap tertinggi
Hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah menjangkau hampir lima dekad kini berada di tahap tertinggi.
Program Geran Kreatif KL bertujuan memberi hela nafas baharu
Kerajaan akan memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan projek-projek flagship dengan meningkatkan dan menyelaras usaha untuk memastikan ianya mencapai potensi penuh dalam memberikan hela nafas baharu kepada Pusat Bandar Kuala Lumpur menjadi destinasi kreatif bertaraf dunia.
Hamas desak Majlis Keselamatan PBB ambil 'langkah segera' hentikan serangan Israel ke atas Rafah
Hamas pada Selasa menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan segera untuk menghentikan serangan berterusan Israel di Rafah.
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak
Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan.
Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat
Sebanyak 153 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas, meningkat berbanding 121 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhama
Pengawal keselamatan dipenjara, pecah masuk mahkamah, curi wang
Gara-gara pecah masuk bangunan mahkamah dan mencuri wang, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam
Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam'.
Kes tembak: Lima lagi diberkas
Lima lagi individu diberkas bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditembak di hadapan sebuah kedai di di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini.
Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia
Trump dijangka akan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan jenayah.
Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing
Tiong berkata, komuniti amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan.
Kes jenayah Orang Asli Kelantan dikategori terpencil
Kes jenayah melibatkan Orang Asli Kelantan berada dalam kategori kelompok terpencil memandangkan hanya 10 kes yang direkodkan bermula pada 2020 hingga 2022.
Kes jenayah anggota keselamatan, penguat kuasa catat penurunan - Shamsul Anuar
Jumlah kes jenayah melibatkan anggota keselamatan bersenjata dan penguat kuasa mencatatkan penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.